Mahir Short Learning Series Baiki Skrin Iphone Servis Premium Untuk Peranti Premium
26 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mei 2026, seorang peserta telah menyertai Mahir Short Learning Series Baiki Skrin Iphone Servis Premium Untuk Peranti Premium yang dijalankan melalui siaran langsung dari YouTube Studio NADI Mahir. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara asas serta teknik diagnosis dan membaiki skrin iPhone dengan lebih betul dan selamat.
Dalam sesi tersebut, peserta telah didedahkan kepada beberapa teknik penting seperti mengenal pasti kerosakan pada skrin iPhone, penggunaan peralatan asas yang sesuai, serta langkah-langkah membuka dan memasang semula skrin dengan kaedah yang betul. Peserta juga diberi penerangan mengenai teknik pemeriksaan komponen bagi memastikan peranti dapat berfungsi dengan baik selepas proses pembaikan dilakukan.
Selain itu, peserta turut mempelajari panduan keselamatan semasa melakukan proses pembaikan, teknik penjagaan peranti, serta cara mengelakkan kesilapan yang sering berlaku ketika membaiki skrin iPhone. Sesi ini juga memberi motivasi kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran teknikal dalam bidang pembaikan peranti mudah alih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: